Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

262) SIASATAN MACC

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah siasatan MACC terhadap setiap PBT di Negeri Selangor untuk 5 tahun yang lepas?

    1. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai siasatan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor untuk tempoh lima (5) tahun yang lepas iaitu pada tahun 2015 sehingga Oktober 2019, jumlah bilangan kertas siasatan adalah sebanyak 169. Pecahan siasatan mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    JABATAN JUMLAH SIASATAN

    BAGI SETIAP PBT

    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 31
    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 23
    Majlis Perbandaran Klang (MPK) 30
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 9
    Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 16
    Majlis Perbandaran  Selayang (MPS) 17
    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 15
    Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 9
    Majlis DaerahKuala Langat (MDKL) 5
    Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 2
    Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 3
    Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) 9
    JUMLAH KESELURUHAN 169

     

Lampiran

Tiada Lampiran.