Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

206) SIASATAN SALAHLAKU KES-KES TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur yang ada di dalam Kerajaan Negeri bagi menyiasat pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan kes-kes tanah di negeri Selangor?

    Maksud terma salah laku yang dinyatakan oleh Y.B Seri Setia agak umum dan kabur. Sekiranya terma salah laku tersebut merujuk kepada kes-kes fraud melibatkan urusan tanah, maka kes-kes tersebut diselesaikan mengikut merit setiap kes sama ada berdasarkan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahupun pematuhan kepada apa-apa perintah yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.