Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

126) SIBER KAFE

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Menurut surat khabar Sin Chew Daily pada 17/6/2009 bahawa, bilangan siber kafe haram telah melebihi siber kafe yang mempunyai permit berkali ganda. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri seterusnya memandangkan pemberian kompaun dan tindakan yang diambil sebelum ini kurang berkesan?

    Kerajaan Negeri sedar walaupun tindakan penguatkuasaan dijalankan dan kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik siber kafe tanpa lesen tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berniaga tanpa lesen. Buat masa ini Kerajaan Negeri masih mengkaji bagaimana untuk menyusun semula perniagaan siber kafe ini bagi memastikan perniagaan yang dijalankan bebas daripada unsur perjudian serta tidak akan menjejaskan remaja dan pelajar sekolah. Setelah pendekatan baru dapat dimuktamadkan, pendekatan pembekuan lesen akan ditarik balik dan peniaga yang mematuhi syarat-syarat ini akan diberikan lesen perniagaan. Dengan cara ini, sekiranya masih terdapat peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen, tindakan penguatkuasaan lebih berat akan dijalankan sehingga menyita premis mereka.

     

    JAWAPAN DARIPADA UPBT

    1. a) Kajian sedang dilaksanakan bagi melihat keperluan dan kesan pertambahan Pusat Siber di Negeri Selangor dan satu perjumpaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar telah diadakan pada 2 Jun 2009 yang lepas dengan dihadiri pengusahapengusaha Pusat Siber dan wakil MPP Zon untuk meneliti  secara menyeluruh perkara ini.  Kerajaan Negeri telah memutuskan membekukan permohonan baru lesen Pusat Siber dan telah mengarahkan  semua PBT memantau lesen yang telah dikeluarkan dan mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi syarat lesen tindakan lesen ditarik balik akan diambil ke atas mereka.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.