Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

55) SILA MENYATAKAN JUMLAH PELABURAN DI DAERAH SEPANG PADA TAHUN 2017

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan yang diberikan kepada pelabur tempatan dan asing?

    Secara dasarnya Kerajaan Negeri tiada menyediakan bantuan berbentuk kewangan kepada para pelabur yang melabur di Negeri

    Namun begitu bagi menyantuni para pelabur, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi penggalakkan pelaburan Negeri menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan juga membantu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pihak pelabur.

    Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat khusus bagi membantu para pelabur menyelaras permohonan kelulusan-kelulusan pembangunan yang diperlukan selain membantu menyelesaikan isu berbangkit. Melalui mesyuarat ini, proses permohonan dapat diselaraskan dan kelulusan pembangunan dapat diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB EXCO ini diadakan setiap bulan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.