Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

109) SIMPANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sumber dan faktor-faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan simpanan kewangan kerajaan Negeri Selangor yang mencecah lebih dari RM3 bilion ?

    Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2012 adalah meningkat sebanyak 34.74% iaitu daripada RM1,944.00 juta pada tahun 2011 kepada RM2,619.44 juta pada tahun

     

    Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh lebihan terimaan hasil berbanding perbelanjaan pada tahun 2012 berjumlah RM268.10 juta dan peningkatan terimaan amanah sebanyak RM386.45 juta.

     

    Sumber peningkatan ketara yang menjadi hasil Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

    Cukai Tanah                                                 – RM 463.52 juta Bayaran Perkhidmatan (Pindah Milik) – RM 42.62 juta Premium Tanah                                           – RM 869.94 juta

    Faedah daripada Pelaburan                     – RM 59.76 juta Terimaan Daripada Persekutuan             – RM 235.13 juta

     

    Pengukuhan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor adalah disumbangkan oleh usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money).

     

    Pengukuhan kedudukan kewangan Negeri Selangor juga disumbangkan oleh pelaksanaan perkara-perkara berikut:-

     

    pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri telah berjaya membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien di samping memberi pulangan faedah yang optimum. Bagi tahun 2013 (seperti pada 31 Oktober 2013), Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil daripada faedah ke atas pelaburan sebanyak RM59.16 juta berbanding RM14.50 juta pada tahun 2007;

     

    Tahun 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013
    Amaun (RM juta) 14.50 20.78 20.51 20.89 44.21 52.12 59.16

     

     

    pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Daerah/Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Bahagian Teknologi Maklumat, SUK sebagai satu pasukan (Ops. Kutip). Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops. Kutip adalah seperti berikut:-

    • Polisi ‘Knock Door’ iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;
    • mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;
    • memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan
    • sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Daerah/Tanah tanpa teragak-agak akan terus menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan maka seterusnya Notis 8A, Rampasan Tanah akan

     

    • Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Daerah/Tanah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-
      • Mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
      • membuka kaunter    kutipan    di     luar    pejabat     bagi                      Pejabat Daerah/Tanah di kawasan pedalaman;
      • membuka kaunter pada waktu rehat; dan
      • menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter

     

    Kerajaan Negeri juga berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan di Peringkat Daerah ianya

     

    dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Jawatankuasa tersebut berfungsi untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hak milik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua Pejabat Daerah/Tanah;

     

    Kerajaan Negeri turut mewujudkan pasukan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di 4 Pejabat Daerah/Tanah iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat untuk menangani secara khusus masalah tunggakan cukai tanah daripada hak milik bermasalah. Pada tahun 2012, tunggakan hasil Kerajaan Negeri Selangor adalah berjumlah RM352.12 juta berbanding RM425.27 juta pada tahun 2011 dengan pengurangan sebanyak RM73.15 juta; dan

     

    Perbendaharaan Negeri Selangor pada 23 Jun 2012 telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2012

    – Garis Panduan Perbelanjaan Berhemah bagi memperkemaskan dan membuat penambahbaikan terhadap garis panduan perbelanjaan berhemah dan langkah-langkah tambahan yang perlu diambil kira ke arah pengurusan perbelanjaan wang awam yang sempurna.

Lampiran

Tiada Lampiran.