Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

10) SIMPANAN TUNAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENINGKAT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syabas terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya meningkatkan simpanan kewangan dari RM500 juta (2007) kepada RM 1.9 bilion (Disember 2011). Apakah faktor yang memberi sumbangan ke arah peningkatan simpanan tersebut?

    Wang Awam Kerajaan Negeri iaitu Wang Tunai dalam bentuk Simpanan Tetap dan Pelaburan dipegang bagi Kumpulan wang Disatukan yang terdiri daripada

    Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

    Peningkatan simpanan tetap Kerajaan Negeri adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan serta prestasi kedudukan kewangan sebenar yang baik pada tahun 2010 dan 2011.

    Penyata Kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2010 telah mencatatkan lebihan semasa sebanyak RM124.24 juta menjadikan Akaun Hasil Disatukan adalah sebanyak RM732.25 juta iaitu meningkat sebanyak 20.43% berbanding tahun 2009.

    Manakala kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun 2011 yang berakhir pada 31 Disember 2011 menunjukkan prestasi yang baik dengan lebihan semasa sebanyak RM180.50 juta dan lebihan terkumpul Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM912.75 juta iaitu peningkatan sebanyak 24.65% berbanding tahun kewangan 2010.

    Prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri yang baik pada tahun 2010 dan 2011 telah menyumbang kepada peningkatan simpanan tetap Kerajaan Negeri. Pada tahun 2010 kutipan hasil Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM1,571 juta.

    Secara perbandingan kutipan hasil tahun 2010 dengan tahun 2011 pula, prestasi kutipan hasil keseluruhan berakhir 31 Disember 2011 mengalami peningkatan berjumlah RM62.50 juta, iaitu 3.97% berbanding kutipan pada tahun 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.