Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

138) SIMPANAN TUNAI SELANGOR MENINGKAT RM1.9 BILION

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pecahan pendapatan kerajaan Negeri sehingga membolehkan meningkatnya Simpanan Tunai?

    Peningkatan simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor adalah disumbangkan oleh pertumbuhan hasil tahun semasa dan peningkatan terimaan keatas Akaun Amanah Disatukan.

    Pendapatan Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Berikut adalah pecahan pendapatan kerajaan negeri pada tahun 2011.

    Perihal 2010 (RM) 2011 (RM)
    Hasil Cukai 517,744,564.31 534,323,456.32
    Hasil Bukan Cukai 674,055,368.07 791,183,353.58

    Terimaan Bukan Hasil

    Jumlah

    Jumlah cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri sehingga 31 Disember 2011 adalah sebanyak RM1.634 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM62.5 juta atau 4% berbanding kutipan tahun 2010 sebanyak RM1.571 bilion.

Lampiran

Tiada Lampiran.