Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

54) SIMPANAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dari manakah sumber kewangan yang boleh meningkatkan simpanan Yayasan Selangor kepada RM 51 juta?

    Melalui operasi utama Yayasan Selangor seperti hasil sewaan, projek usahasama dan kutipan pinjaman pelajaran yang mana lebihan tunai yang sedia ada dilaburkan  pada simpanan tetap dan simpanan jangka pendek. Selain itu, peningkatan ini didorong oleh penyemakan semula perjanjian sewa dan projek usahasama.

    Contoh paling ketara ialah sewa-pajak bulanan lading kelapa sawit Pulau Carey yang dahulunya hanya  berjumlah RM100,000.00 sebulan, kini sudah dinaikkan kepada RM300,000.00 sebulan hasil daripada semakan semula perjanjian dengan pemaju.

    Oleh kerana Yayasan Selangor tidak diberikan geran oleh kerajaan negeri, pendapatan tahunan Yayasan Selangor bergantung kepada sewaan premis dan pembangunan usahasama (JV Develeopment) tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.