Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

241) SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat juga lagi permasalahan sampah di PBT-PBT yang sering ditimbulkan. Bagaimana Kerajaan mengatasinya? Nyatakan keuntungan menurut PBT apabila ALAM FLORA ditamatkan perkhidmatan dan sisa pepejal diurus oleh PBT. Sila bagi perbandingan.

     

    Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius bagi memastikan isu sampah berkurangan di kawasan PBT. Dengan itu Kerajaan Negeri melalui PBT telah melaksanakan beberapa langkah bagi mengatasi isu tersebut. Langkah- langkah yang telah diambil ialah:-

     

    • Mengkaji semula syarat-syarat lantikan kontraktor;
    • Keperluan-keperluan asas dan utama yang perlu ada bagi kontraktor yang akan dilantik;
    • Memastikan kontraktor yang dipertanggungjawab menjalankan tugas/kerja dengan baik dan sempurna;
    • Keperluan peralatan dan logistik bagi Jabatan/Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam;
    • Menilai semula kekuatan kakitangan Jabatan/Bahagian yang bertanggungjawab di dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
    • Menambah jadual kutipan sampah kebun dari dua (2) kali kepada lapan (8) kali dan sampah pukal 12 kali sebulan;
    • Menyediakan pasukan “Wood Chipper”;
    • Menyediakan tapak pembuangan sampah serta tong RORO di kawasan pasar dan pembinaan;
    1. Talian hotline – aduan sampah;
    2. Skuad Rayau – mencari dan mengutip sampah;
    3. Unit Flying Squad atau Unit Tindakan Khas – menjalankan kerja

    back-up kutipan sampah;

    • Perjumpaan secara terus – pihak PBT dengan kontraktor; dan
    • Pengezonan semula – kawasan kendalian

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melakukan pelbagai program antaranya ialah “Kempen Kitar Semula” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam semula sekitar. Program ‘3R’ (reuse, reduce, recycle) juga diperkenalkan kepada semua pihak di semua peringkat punca bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan program “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan pada setiap hari Jumaat bagi bangunan- bangunan kerajaan dan pada setiap hari Sabtu dilaksanakan diseluruh pasaraya- pasaraya di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.