Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

132) SISA PEPEJAL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa untuk menghalang dan menahan pembuangan sisa pepejal daripada projek-projek pembangunan lain ke Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri tiada bidang kuasa untuk  menghalang  dan  menahan  pembuangan sisa pepejal daripada projek-projek pembangunan lain ke Negeri Selangor. Namun pembuangan sisa pepejal tersebut hanya dibenarkan dibuang di tapak pelupusan sanitari dan sisa lengai sisa pepejal yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sahaja iaitu seperti di bawah:-

     

    BIL. NAMA KENDALIAN
    1. Jeram Sanitary Landfill WHB
    2. Tanjung Dua Belas Sanitary Landfill WHB
    3. Bukit Tagar Sanitary Landfill KUB Berjaya Enviro Sdn. Bhd.
    4. Dengkil Inert Waste Landfill WHB
    5. Kuang Inert Waste Landfill WHB
    6. Sg. Kertas Inert Waste Landfill WHB

     

Lampiran

Tiada Lampiran.