Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

21) SISTEM ADUAN DAN PENYEMAKAN MASALAH INFRASTUKTUR ASAS YANG BARU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan mewujudkan satu cara yang baru supaya agensi kerajaan akan bertindak secara proaktif untuk menyelesaikan masalah tanpa menunggu aduan daripada rakyat?

    Kerajaan Negeri sangat mengambil berat terhadap setiap aduan daripada rakyat. Penambahbaikan dari segi aspek pemantauan infrastruktur termasuk mewujudkan inventori lengkap akan diselaraskan dan dipantau dengan setiap agensi. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan taskforce inventori berkaitan infrastruktur jalan, parit dan longkang di Negeri Selangor yang diselia oleh pelbagai jabatan dan agensi. Lead agency bagi taskforce ini adalah Jabtan Kerja Raya (JKR) Selangor. Selain itu taskforce jalan berlubang turut diwujudkan dan diselaraskan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menerusi entiti SSDU Innovations Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri. SSDU telah mewujudkan saru sistem Intelligent Respond Selangor (IRS) bertujuan menyelaras aduan serta memantau aduan berkaitan jalan berlubang yang boleh diakses oleh semua rakyat.
    Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan aktiviti turun padang ke setiap daerah untuk memberi fokus kepada isu jalan dan banjir yang berlaku di daerah serta mengenal pasti penyelesaian terbaik bagi mengatasi isu-isu berkenaan. Turun padang yang pertama telah diadakan di Daerah Klang pada 11 Februari 2019 diikuti dengan Daerah Petaling pada 12 Mac 2019 dan akan disusuli dengan daerah-daerah lain.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melantik satu badan khasnya pasukan peronda memandangkan setiap PBT atau agensi telah pun mempunyai pasukan sendiri bagi menangani aduan rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.