Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

170) SISTEM CCTV

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan baru yang telah dipasang CCTV mengikut DUN sepanjang tahun 2020.

    Bagi tahun 2020, kerja-kerja pemasangan CCTV baharu telah ditunda seketika ekoran Perintah Pengawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana bagi membendung penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telah mengenalpasti dan memuktamadkan spesifikasi teknikal bagi pemilihan kawasan untuk pemasangan 100 unit awal CCTV yang dijangka selesai pada suku keempat 2020 ini di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.