Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

86) SISTEM DIGITAL PEJABAT TANAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Belanjawan Selangor 2020 telah meluluskan peruntukkan untuk Pejabat Tanah bagi membangunkan satu sistem digital yang akan mengurangkan frod dan kesilapan. Syarikat manakah yang diawad kontrak tersebut?

    Jawapan bagi Sub Soalan A, B dan C:

    Merujuk kepada Belanjawan Selangor 2020 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) tidak menerima sebarang peruntukan bagi pembangunan sistem digital yang dimaksudkan. Bagaimanapun, Keputusan MMKN Ke 36/2019 Pada 12 Disember 2019 Yang Disahkan Oleh MMKN Ke 1/2020 Pada 8 Januari 2020 telah menimbang dan bersetuju agar Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan dan Syarikat Puncak Tegap Sd. Bhd. (PTSB) diminta meneruskan kajian lanjut bagi pelaksanaan Projek Sistem e-Tanah di Negeri Selangor dengan mengambil kira pelaksanaan Sistem e-Tanah di PTG WPKL dan Negeri Perak.

    Untuk makluman, sistem e-Tanah bertujuan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah secara elektronik urusan pentadbiran tanah negeri agar lebih efektif, telus dan selamat. Punca kuasa pelaksanaan projek melalui keputusan Jemaah Menteri pada 13 Ogos 2014, di mana Syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd. (PTSB) melaksanakan projek secara berperingkat dimulai dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) yang kemudiannya diikuti dengan negeri-negeri lain yang terlibat termasuk negeri Selangor.  Pelaksanaan projek ini adalah secara Private Finance Initiative (PFI) dengan kaedah pelaksanaan Build, Maintain and Transfer (BMT).

    Pembiayaan pembangunan dan penyelenggaraan projek e-Tanah oleh Kerajaan Persekutuan bagi kos pembangunan dan penyelenggaraan projek sepanjang 14 tahun (2 tahun pembangunan dan 12 tahun operasi). Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli (KATS) akan membuat pembayaran fi perkhidmatan kepada PTSB setelah Sistem e-Tanah mula beroperasi sehingga tempoh konsesi tamat di tahun ke empat belas (14).

Lampiran

Tiada Lampiran.