Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

155) Sistem IRS Smart Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah tahap keberkesanan sistem Intelligent Response Selangor (IRS) Smart Selangor dalam menangani aduan berkaitan jalan berlubang?

    Berdasarkan status laporan aplikasi Intelligent Response Selangor (IRS) bagi tempoh Ogos 2017 sehingga September 2020, secara keseluruhan, 113,588 pelaporan jalan berlubang di Selangor telah diterima menerusi aplikasi Waze. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 108,022 pelaporan awam telah disahkan dan sehingga kini, 85.5% daripada jumlah itu telahpun diselesaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.