Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

104) SISTEM PARIT DI JALAN BANTING, PANDAMARAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Parit di sepanjang Jalan Banting, Pandamaran telah lama tidak diselenggara mengakibatkan air bertakung di atas permukaan jalan. Ini telah membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Banting, Pandamaran kerana kebanyakan pengguna jalanraya tersebut adalah penunggang motorsikal. Adakah Kerajaan Selangor dapat memperuntukan kepada JKR Selangor untuk menaiktaraf jalan tersebut kerana jalan tersebut adalah di bawah Kerajaan Persekutuan?

    Jalan Banting, Pandamaran adalah Jalan Persekutuan FT 3218. Jalan tersebut adalah kategori jalan utama (primary road), dimana penyenggaraan rutin longkang dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Walaubagaimanapun, dalam perjanjian konsesi senggara jalan persekutuan, skop senggara longkang tepi jalan adalah terhad kepada longkang jenis terbuka sahaja dan pihak konsesi tidak akan menyelenggara longkang tertutup. Di lokasi yang sering mengalami banjir kilat di jalan ini, didapati penduduk tempatan telah membesarkan kedai-kedai mereka dengan menutup longkang tepi jalan tersebut.

    Oleh yang demikian, pihak JKR Selangor dari masa ke semasa akan memohon untuk peruntukan kecemasan bagi menyelesaikan isu ini demi keselamatan pengguna jalan tersebut.

     

    Bagi tindakan jangka masa panjang pihak Jabatan akan memohon kerjasama dari Pentadbir Tanah yang berkaitan tindakan penguatkuasaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.