Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

214) SISTEM PEMBENTUNGAN TERBIAR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri boleh dilakukan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang belum menyelesaikan masalah sistem pembentungan terbiar di Lembah Beringin menyebabkan sisa kumbahan melimpah keluar ke jalan utama dan kawasan perumahan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, hasil maklum balas yang telah diterima daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) didapati bahawa loji rawatan dan dua (2) buah stesen pam di Lembah Beringin telah siap dibaiki pada 24 Mei 2016 dan telah diserahkan kepada pihak Indah Water Konsortium (IWK) untuk operasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.