Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

82) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri / Kerajaan Tempatan berkuasa mengeluarkan permit kepada pengusaha-pengusaha untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dalam kawasan pentadbiran masing-masing?

    Tidak. Hanya pihak SPAD sahaja yang berkuasa mengeluarkan permit kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam. Walau bagaimanapun, pihak PBT boleh memberikan ulasan dan sokongan kepada pengusaha-pengusaha tersebut semasa proses permohonan permit.

Lampiran

Tiada Lampiran.