Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

107) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas tidak memasuki kawasan perumahan dalam Adun Kajang. Sama ada Kerajaan Negeri akan membuat ketetapan supaya laluan perkhidmatan pengangkutan awam patut melingkungi kawasan perumahan yang padat penduduk terutama sekali kawasan perumahan kos sederhana dan sederhana rendah.

    Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa laluan perkhidmatan awam memang sepatutnya melingkungi kawasan awam dan padat penduduk terutamanya di kawasan-kawasan perumahan. Oleh yang demikian, rancangan untuk menyediakan bas komuniti yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak PBT akan mengambil kira faktor dan ketetapan berikut:-

     

    • Kawasan kepadatan penduduk yang tinggi

     

    • Kawasan berpendapatan sederhana

     

    • Kawasan yang tiada perkhidmatan bas ke pusat bandar dan pusat tumpuan

     

    • Keutamaan kepada warga emas, golongan OKU dan kanak-kanak.

Lampiran

Tiada Lampiran.