Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

5) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenaikan harga minyak petrol telah meningkatkan kebergantungan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam. Apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan keefisienan sistem pengangkutan awam di negeri Selangor supaya lebih senang diakses oleh orang ramai?

    Perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan keefisienan sistem pengangkutan
    awam di Negeri Selangor supaya lebih senang diakses oleh orang ramai boleh didapati
    di dalam buku Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 yang
    disediakan oleh Jawatankuasa Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor
    2025 dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bersama Jabatan
    Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD).

Lampiran

Tiada Lampiran.