Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

161) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah kerajaan merancang sistem pengangkutan awam dan ÔrouteÕ untuk bas-bas?

    1. a) dan b) dijawab

     

    Kerajaan Negeri boleh merancang sistem pengangkutan awam dan ‘route’ untuk bas. Kerajaan Negeri telah menyediakan perancangan terhadap sistem pengangkutan awam  di peringkat Negeri melalui penetapan dasar pengangkutan awam yang terkandung  dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor dan Rancangan-Rancangan Tempatan kawasan PBT. Tempoh perancangan RSN dan Rancangan Tempatan adalah antara 15 hingga 20 tahun.

     

    Selain itu, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri juga telah mengambil usaha untuk memperbaiki sistem dan ‘route’ pengangkutan awam.

     

    Antara perkara penting yang menjadi teras adalah seperti berikut:

     

    1. Memastikan pengukuhan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor dapat meningkatkan kualiti hidup

     

    1. Modal Split dari 90:10 ke 50:50.

     

    • ‘One Hour Public Transport Model’

     

    1. Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Kelana

     

    1. Menyambung Laluan LRT dari Kelana Jaya ke Klang

     

    1. Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu (Bas, Teksi, LRT diintegrasikan dalam terminal pengangkutan awam).

     

    • Menambah penyediaan sistem pengangkutan ke seluruh kawasan dalam Negeri Selangor.

     

    • Menambah perkhidmatan ‘bas henti-henti’ antara bandar dalam Negeri Selangor

     

    Selain itu, perancangan bagi bandar-bandar baru atau koridor-koridor baru akan menitikberatkan jaringan pengangkutan dan sistem pengangkutan awam bersepadu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.