Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

186) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan/subsidi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bagi menyediakan perkhidmatan bas berbentuk sosial mengikut pecahan PBT di Negeri Selangor, bagi tahun 2007-2013 dan apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan sesuatu jajaran perkhidmatan bas adalah perkhidmatan bas sosial?

    Sehingga kini TIADA PERUNTUKAN / SUBSIDI yang diberikan kepada PBT di Negeri Selangor bagi perkhidmatan bas sosial. Namun,

    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hanya memperuntukkan subsidi yang dipanggil Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) kepada operator bas yang disahkan layak sahaja. Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan seperti di Lampiran 1.

    SPAD telah menggariskan kriteria yang digunakan untuk menentukan sesuatu jajaran perkhidmatan sosial melalui dua (2) objektif iaitu jajaran mestilah mendapat sasaran 40% perkongsian mod pengangkutan awam dan mempunyai kesalinghubungan (connectivity) yang efisen untuk rakyat. Sehubungan dengan itu, laluan bas yang dicadangkan akan menyediakan kapasiti yang akan membolehkan sasaran 40% dapat dicapai dan menghubungkan sekurang-kurangnya 80% kawasan berkependudukan.

    Lampiran 1

    REKOD ISBSF SETAKAT PADA 21 JUN 2013

    BIL. PENGUSAHA BAS NEGERI OPERASI JUMLAH

    PERUNTUKAN

    (RM)

    1 De A’lfa City Bus Sdn Bhd Selangor 503,147.00
    2 Seranas  Sdn Bhd Selangor 4,691,302.00
    3 Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn Bhd Selangor 2,351,400.00
    4 Sepang Omnibus Co Sdn Bhd Selangor 42,959.00
    5 Faro Resources (M) Sdn Bhd Selangor 28,512.00
    6 Sri Theven Travel & Tours Sdn Bhd Selangor 45,623.00
      JUMLAH BESAR (RM) 7,662,943.00

    ***sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)

Lampiran

Tiada Lampiran.