Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

22) SISTEM PENGANGKUTAN BANDARAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaiki sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya

    Kerajaan Negeri menyedari bahawa sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya perlu diperbaiki. Sehubungan itu, satu Draf Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 yang telah dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada 20 Oktober 2008 telah menekankan Sistem Pengangkutan Awam di Selangor. Sistem pengangkutan awam perlu diperluaskan untuk mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan berasaskan rel. Liputan perkhidmatan pengangkutan berasaskan rel perlu diperluaskan sama ada di dalam zon-zon perbandaran dan di antara zon bagi mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam. Perkhidmatan rel perlu disokong oleh mod-mod pengangkutan lain yang cekap dan berkesan supaya dapat dimanfaatkan oleh semua golongan pengguna pengangkutan awam.

    Kerajaan Negeri sedar bahawa nisbah penggunaan awam atau dikenali Modal split adalah 89 berbanding 11 seperti yang di laporkan di dalam  Kajian Integrasi Pembangunan Pengangkutan Awam Lembah Klang, 2003 yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

    Modal Split bagi sebuah negeri maju adalah pada kadar 50:50 atau yang idealnya adalah 30:70. Menurut Sustainable Development Book/Report, 2004 menyatakan bahawa 90% trip perjalanan dibuat menggunakan sistem pengangkutan awam. Sehubungan itu sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dilaksanakan di semua bandar untuk mempertingkatkan penggunaan semua mod pengangkutan selaras dengan Kajian Integrasi Pembangunan Pengangkutan Awam Lembah Klang, 2003.

    Jaringan pembangunan dan pusat pertumbuhan adalah merupakan asas strategik yang digunakan di dalam pembentukan Pelan Strategik Guna Tanah Selangor 2020. Jaringan pembangunan terdiri daripada jaringan utama dan 16 jaringan sekunder.

    Jaringan utama yang telah dirancang di Negeri Selangor terdiri daripada tiga kategori iaitu:

    1. Jaringan Pembangunan Bersepadu (Consolidated Development Network);
    2. Jaringan Pembangunan Aktif (Active Development Network); dan
    3. Jaringan Pembangunan Pemandangan (Scenic Development Network).

    Enam belas jaringan pembangunan sekunder yang utama dan telah dikenal pasti di Negeri Selangor ialah:

     

    1. Jaringan Bandar Baru Bangi – Bandar Baru Salak Tinggi – Sungai Pelek;
    2. Jaringan Bandar Baru Bangi – Nilai (Negeri Sembilan);
    3.  Jaringan Semenyih – Lenggeng (Negeri Sembilan);
    4. Jaringan Bandar Baru Bangi – Semenyih;
    5. Jaringan Gombak – Bentong (Negeri Pahang)
    6. Jaringan Bandar Baru Salak Tinggi – Banting – Morib;
    7. Jaringan Cyberjaya – Telok Panglima Garang – Pulau Carey – Pulau Indah;
    8. Jaringan Kuala Selangor – Kapar – Klang Telok Panglima Garang – Banting
    9. Jaringan Kuala Selangor – Bestari Jaya – Bukit Beruntung – Batang Kali;
    10. Jaringan Sungai Besar – Sabak;
    11. Jaringan Bestari Jaya – Negeri Perak;
    12.   Jaringan Bernam Jaya – Sabak;
    13. Jaringan Bernam Jaya – Lembah Beringin – Bukit Beruntung – Rawang –Kuang – Sungai Buloh;
    14. Jaringan Bestari Jaya – Rawang – Selayang – Gombak;
    15. Jaringan Kuala Lumpur – Sungai Buloh; dan
    16. Jaringan Lembah Beringin – Batang Kali.

Lampiran

Tiada Lampiran.