Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

4) SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN (SPAH)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak bangunan di kawasan Petaling Jaya lengkap dengan sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) mengikut “Guidelines For Installing Rainwater Collection And Utilization System” oleh KPKT?

    1. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyambut baik dan melaksanakan Pelan Tindakan Kejiranan Hijau yang telah diwartakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menggariskan agar Rainwater Harvesting System atau Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) ini diguna pakai oleh bangunan-bangunan kerajaan, PBT dan juga bangunan individu sebagai salah satu langkah pengurusan air yang berkesan adalah sesuatu yang

     

    Pada masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan PBT akan mengadakan satu kajian bagi mengenal pasti potensi penggunaan sistem SPAH dan On Site Detention (OSD) untuk dimasukkan dalam pembinaan perumahan baru.

     

    Sebagai tanda Kerajaan Negeri mengambil serius kepentingan SPAH Pelan Tindakan Kejiranan Hijau ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah membina sistem yang sama di Bangunan Dewan Jubli Perak bertujuan untuk mengelakkan penggunaan air bersih bagi kerja-kerja pembersihan, penyiraman pokok bunga dan ‘toilet flushing’ seterusnya boleh menjimatkan / mengurangkan perbelanjaan bil air yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Projek ini akan siap sepenuhnya pada Ogos 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.