Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

51) SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN (SPAH)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan premis kerajaan yang menggunakan sistem pengumpulan air hujan (SPAH) dan kos yang terlibat.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, telah banyak premis kerajaan yang menggunakan sistem pengumpulan air hujan (SPAH) dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat penuh premis kerajaan yang memasang sistem ini. Walau bagaimanapun,dalam rekod senarai premis adalah seperti berikut: –

    BIL PREMIS KOS
    1. Dewan Jubli Perak Abdul Aziz, SUK Selangor RM 288,000.00
    2. Pusat Biomass MPSJ, Bandar Bukit Puchong RM 20, 000.00
    3. Tempat mencuci kenderaan, Bengkel Mekanikal MPSJ  

    RM 7, 000.00

    4. Bangunan Ibu Pejabat MBPJ RM 109,500.00
    5. Masjid Bukit Indah, Ampang RM 95,000.00
    6. Kompleks       Majlis       Perbandaran       Sepang,

    Cyberjaya

    RM 19,980.00
    7. Dewan Orang Ramai Taman Dahlia, Sepang RM 15,000.00
    8. Dewan       Orang        Ramai        Taman                    Putra Prima,Sepang RM 15,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.