Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

97) SISTEM PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak PBT selain menyaman / menyita premis-premis perniagaan yang kotor?

    Pihak PBT sentiasa menjalankan penguatkuasaan kebersihan premis di kawasan
    pentadbiran mereka demi memastikan ianya selaras dengan undang-undang kecil yang
    terpakai di setiap PBT serta Akta Makanan 1983. Justeru itu , laporan bulanan
    penguatkuasaan di lapor dan dibentangkan di Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.
    Kerajaan Negeri sedar akan permasalahan ini, namun demikian berapa-berapa langkah
    telah diambil dengan menggredkan premis yang beroperasi seperti gred ‘A’,’B’,’C’ dan
    ‘D’ sebagai panduan kepada pelanggan tahap kebersihan yang telah diperiksa selain
    dari penguatkuasaan yang di lakukan . Premis yang mendapat gred ‘C’ dan ‘D’ akan
    berikan notis supaya melakukan penambahbaikan dan sekiranya gagal kompaun dan
    notis tutup akan di keluarkan. Penetapan jadual pembersihan premis juga dikenakan
    sebagai syarat-syarat pemberian lesen. Selain itu, penambahbaikan Undang –undang
    kecil akan dilaksanakan dari masa ke semasa dalam memastikan dasar Kerajaan
    Negeri tercapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.