Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

42) SISTEM PENGURUSAN TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan negeri bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan tanah bagi mengatasi isu tunggakan permohonan tanah serta penduduk yang tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu?

    Beberapa tindakan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi
    mengatasi isu tunggakan permohonan tanah. Di antara tindakan-tindakan
    tersebut adalah seperti berikut:-

    i) Pelantikan kakitangan task force oleh Kerajaan Negeri seramai 159 orang
    termasuk 128 orang kakitangan Pasukan Petugas Khas lantikan Kerajaan
    Persekutuan bagi meningkatkan produktiviti dan keupayaan
    menyelesaikantunggakan permohonantanah; dan

    ii) Penetapan sasaran di peringkat individu sehingga di peringkat Jabatan
    bagi memastikan fokus yang berterusan diberikan terhadap penyelesaian
    tunggakan tersebut. Penilaian dan pemantauan berkala dilakukan bagi
    memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dan isu-isu
    berbangkit berkaitan penyelesaiantunggakan dapat ditangani.

    Bagi kes penduduk-pendudukyang masih tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu, siasatan secara spesifik perlu dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pihak Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang dipohon mengemukakan nombor rujukan fail permohonan-permohonan tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Lampiran

Tiada Lampiran.