Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

167) SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN RAIN WATER HARVESTING (SPAH)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk mempromosikan Sistem Penuaian Air Hujan atau Rain Water Harvesting (SPAH) seperti yang dipelopori oleh MBPJ sebagai salah satu kaedah penyediaan air alternatif ?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil inisiatif untuk mempromosikan SPAH dengan meluluskan pemasangan sistem tersebut

    di dua (2) pusat komuniti iaitu :-

    1. Komuniti Al-Husna, Seksyen 20 Shah Alam.
    2. Komuniti Al-Bakri Bukit Naga, Seksyen 31 Shah Alam.

    Air hujan yang dikumpulkan akan digunakan untuk tujuan pencucian lantai, penyiraman tanaman dan untuk air siraman tandas (flushing).  Komuniti akan mendapat faedah penjimatan penggunaan air dan seterusnya mengurangkan kebergantungannya kepada bekalan air terawat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.