Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

219) SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran dan strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan keefisienan sistem penyampaian untuk perkhidmatan dan penyelesaian masalah di Selangor?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah merangka beberapa strategi bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian untuk perkhidmatan dan penyelesaian masalah dalam situasi terbaik. Sasaran Kerajaan Negeri adalah harus memastikan Selangor muncul sebagai ‘smart state’ di pentas global  dan memastikan hak rakyat terjamin melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang efektif dan berkesan serta meningkatkan mutu kerja berasaskan ‘result based’, selain sistem penyampaian yang terbaik selaras dengan tuntutan pelanggan. Sehubungan itu Pentadbiran Kerajaan Negeri telah menyasarkan beberapa tindakan untuk memastikan setiap teguran, aduan, kelemahan jabatan dan agensi diambil tindakan kadar segera untuk memastikan matlamat Pembangunan Berkualiti, Rakyat dipeduli adalah tercapai.

    Kerajaan Negeri Selangor juga memastikan kualiti perkhidmatan dan prestasi jabatan sentiasa meningkat dengan melaksanakan beberapa program bagi memupuk nilai cemerlang dan budaya kerja yang proaktif antaranya adalah mewujudkan anugerah bagi mengiktiraf jabatan dan agensi yang cemerlang seperti Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC), Anugerah Kutipan Hasil, Insentif Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti serta Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISAS), Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif(KIK) Perkhidmatan Awam yang melibatkan kreativiti dan inovasi kakitangan bagi memupuk penjawat awam yang mampu berdaya saing.

    Jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Selangor juga perlu memastikan Piagam Pelanggan sentiasa di kaji dan di nilai keberkesanannya dari semasa ke semasa. Selain itu, program Sasaran Kerja Tahunan (SKT) setiap jabatan  juga dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang mencapai sasaran dan KPI jabatan.

     

    Bagi memastikan perkhidmatan yang mesra pelanggan, aktiviti mysteri shopping (penyamaran) pula telah dilaksanakan di kaunter-kaunter perkhidmatan di jabatan yang dipilih bagi memastikan layanan yang diberikan adalah cekap, mesra dan memenuhi kehendak pelanggan yang berurusan .

    Pentadbiran Kerajaan Negeri juga memastikan penggunaan teknologi maklumat digunakan secara maksimum seperti mewujudkan sistem Talian Aduan Selangor (STARS), Sistem tender /sebut harga, Sistem semakan bil hasil, sistem pinjaman pelajaran, hadiah pengajian IPT dan lain lain yang boleh diperolehi secara atas talian. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga mewujudkan Talian Aduan Bebas Tol yang boleh dihubungi setiap hari bagi memberikan perkhidmatan dan membantu rakyat dalam menyalurkan aduan tanpa perlu hadir ke pejabat. Setiap aduan akan dipantau dan di ambil tindakan sewajarnya.

    Selain itu, bagi meningkatkan kompetensi dan memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, semua penjawat awam diwajibkan menghadiri kursus tidak kurang daripada 7 hari setahun bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

     

    Langkah dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan berjaya dengan memastikan pengurusan pentadbiran yang sistematik iaitu melalui perkhidmatan yang lebih responsif terhadap kehendak dan keperluan pelanggan sehingga melebihi ekspektasi pelanggan itu sendiri sejajar dengan pendekatan ‘delighting the customer’ yang telah di iktiraf oleh MAMPU sebagai pendekatan yang telah berjaya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.