Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

235) SISTEM PENYURAIAN KESESAKAN LALU LINTAS BANDAR BARU SUNGAI BULOH BAWAH MBSA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. MBSA pernah memberi jawapan bahawa kesesakan tempat tersebut adalah dalam kajian MBSA. Apakah yang melambatkan proses penyuraian kesesakan di kawasan tersebut ?

    Pihak MBSA telah melaksanakan proses penyuaraian kesesakan di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh secara berperingkat. Pada Peringkat awal MBSA telah melaksanakan sistem jalan sehala di Jalan 1A/1 dan 1A/2, Seksyen U20 pada tahun 2008 kecuali jalan utama Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 1 dan Jalan 1A/3, Seksyen U20 kerana kawasan tersebut adalah jalan yang menghubungkan ke kawasan perumahan. Sehubungan dengan itu, pada bulan Februari 2016 pihak MBSA juga telah mewartakan kawasan tersebut sebagai zon tunda di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 1 dan ini bagi membolehkan pihak MBSA mengambil tindakan saman ke atas pengguna yang meletakkan kenderaan di luar petak tempat letak kereta yang telah disediakan untuk menggelakkan kesesakkan lalulintas.

    Kajian oleh pihak perunding Tetuan Ikram Berhad telah siap dilaksanakan dan cadangan oleh perunding untuk pembinaan jalan alternatif di Bandar Baru Sungai Buloh.  Pihak pemborong projek pembinaan alternatif juga telah dilantik dan kerja di tapak telah bermula pada 1 November 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.