Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

286) SISTEM PERPARITAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan sistem perparitan di Kampung Delek di naiktarafkan agar kejadian banjir besar boleh di elakkan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor sentiasa memastikan sistem perparitan khususnya di Daerah Klang dalam keadaan baik dan dapat mengalirkan air dengan lancar. Kejadian banjir besar yang berlaku di dalam kawasan Kampung Delek adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak mampu menampung kapasiti air yang banyak akibat daripada pertambahan kawasan tidak telap air. Di samping itu terdapat lintasan-lintasan kecil yang menghalang aliran air yang melalui parit-parit dan keluar ke outlet

    Memandangkan Kampung Delek berada di bawah seliaan dan tanggungjawab pihak PBT, jabatan ini mengesyorkan semua parit di dalam Kampung Delek perlu dinaiktaraf dan menggantikan lintasan-lintasan yang berada di sepanjang parit bagi mengatasi masalah banjir dari berlaku sekali lagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.