Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

102) SISTEM PERPARITAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan MBPJ dalam mengatasi seluruh permasalahan banjir kilat di Petaling Jaya?

    Pihak Majlis telah mengenal pasti 38 lokasi banjir di seluruh kawasan Petaling Jaya. Sehingga kini 80% kawasan banjir telah dikurangkan.

    Untuk mengatasi masalah banjir tersebut pihak Majlis juga telah melantik perunding dan hasil kajian akan diguna pakai untuk perancangan projek naiktaraf sistem saliran di masa akan datang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.