Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

121) SISTEM PERPARITAN JABATAN SALIRAN SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapa sistem perparitan di kampung gagal diselenggara oleh Jabatan Parit dan Saluran (JPS) ?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor sentiasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sistem perparitan khususnya di dalam kawasan pertanian. Selain itu juga perancangan dan perlaksanaan kerja-kerja tebatan banjir khususnya di dalam sistem perparitan turut diberi penekanan dan perhatian. Pemantauan dan perhatian akan dilakukan oleh Pegawai Penguasa di setiap kawasan jagaan yang terlibat ke atas kerja- kerja penyelenggaraan sistem perparitan yang dijalankan dari masa ke

     

    Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan di dalam Daerah Sabak Bernam terbahagi kepada dua (2) kategori. Sebahagian kerja- kerja penyelenggaraan ke atas parit-parit pertanian dijalankan oleh pihak JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri secara berkala iaitu 4 pusingan bagi kawasan pengairan dan 3 pusingan bagi kawasan saliran dalam tempoh setahun. Manakala sebahagian kerja-kerja penyelenggaraan ke atas parit-parit utama yang menghala ke kunci air dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik.

     

    Secara umumnya, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut mempunyai spesifikasi dan syarat-syarat penyelenggaraan turut disertakan dan perlu diambil perhatian oleh pihak JKKK/kontraktor yang dilantik sebelum kerja-kerja dimulakan. Kebiasaannya, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor akan memaklumkan kepada pihak JKKK/kontraktor yang dilantik sekiranya terdapat ketidakpuasan dan ketidakpatuhan ke atas spesifikasi serta syarat-syarat kerja- kerja penyelenggaraan yang dijalankan dan mengarahkan agar kerja-kerja penyelenggaraan tersebut diljalankan sekali lagi sehingga ianya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.