Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

68) SISTEM PERPARITAN TIDAK SEMPURNA DI JALAN BANGI LAMA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kekerapan banjir kilat di Batu 1 - Batu 3, Jalan Bangi Lama, Semenyih berpunca daripada sistem saliran kawasan industri yang tidak sempurna di kawasan berhampiran. Mohon kerajaan negeri menyatakan tindakan yang akan diambil untuk mengatasinya

    Berdasarkan lawatan tapak yang telah dibuat bersama ahli majlis   sebelum ini, punca berlakunya banjir adalah disebabkan oleh sistem perparitan di tepi jalan Bangi-Semenyih yang tidak dapat menampung kapasiti air larian         permukaan daripada kawasan industri yang semakin bertambah. Walau           bagaimanapun, pihak MPKj telah mensyaratkan kepada pekilang-pekilang di  kawasan industri Sungai Purun Semenyih untuk menyumbang kepada           Tabung Amanah Infrstruktur bagi menaiktaraf infrastruktur di kawasan industri tersebut. Tabung tersebut bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dan perparitan di kawasan industri bagi mengatasi         masalah banjir.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.