Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

50) SISTEM PERTUKARAN KAKITANGAN PBT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri ingin melaksanakan sistem pertukaran kakitangan antara PBT di seluruh Negeri Selangor supaya prestasi mereka dapat dipertingkatkan dan berdaya saing?

    Pada masa ini, urusan perlantikan pengurusan atasan PBT iaitu Datuk Bandar, Yang Dipertua, Timbalan  Datuk Bandar, Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha adalah berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui kelulusan Pihak Berkuasa Negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 (PP12/2008) – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.

     

    Peminjaman atau pertukaran sementara adalah merupakan salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan bagi mengisi jawatan terbuka atau tertutup.

     

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang mekanisma atau jadual bagi melaksanakan pertukaran kakitangan antara PBT diseluruh Negeri Selangor dan ia adalah tertakluk kepada keperluan semasa selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

     

    Untuk makluman juga, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti dan mengkaji kebolehlaksanaan cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (SPPBT). Sekiranya penubuhan SPPBT ini dilaksanakan, kakitangan antara PBT di seluruh Negeri Selangor dijangka boleh dilaksanakan sekali gus dapat memberi peluang kemajuan kerjaya kepada pegawai dan kakitangan PBT.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.