Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

252) SISTEM SALIRAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan sistem saliran di kawasan perindustrian sempurna dan bersesuaian?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan mengenalpasti kawasan-kawasan yang selalu mengalami banjir setiap kali berlakunya hujan lebat terutamanya di musim tengkujuh. Jabatan Pengairan dan Saliran akan melantik perunding untuk membuat kajian serta rekabentuk terperinci yang melibatkan sistem saliran dalaman serta sistem saliran utama

    yang  melibatkan  sungai-sungai.  Ini  termasuk  membina  rumah-rumah  pam,

    saliran, longkang-longkang konkrit dan melebar serta mendalamkan sungai-sungai utama. Kajian yang dibuat meliputi kawasan-kawasan industri yang berisiko banjir. Pihak Berkuasa Tempatan akan menyediakan pelan perparitan di dalam kawasan industri yang akan menghubungkan kepada sistem saliran utama yang telah disediakan oleh JPS. Sebagai contoh, pihak JPS telah menyiapkan Kajian Induk Sistem Saliran Pekan Sijangkang pada tahun 2013 dan Tender Fasa 1 Sistem Saliran yang melibatkan sebahagian kawasan perindustrian di Pekan Sijangkang telah dipanggil pada Oktober 2014 dan sedang dalam peringkat penilaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.