Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

75) SISTEM SALIRAN KG BARU SERI KEMBANGAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan penduduk sering mengadu tentang isu longkang rosak, adakah pihak MPSJ akan menyediakan pelan penaiktarafan longkang dan sistem saliran secara sistematik di Kg Baru Seri Kembangan?

    MPSJ tidak mempunyai pelan penaiktarafan longkang dan sistem saliran di Kg. Baru Seri Kembangan. Walau bagaimanapun, MPSJ memperuntukkan bajet berjumlah RM300,000.00 bagi pembaikan longkang dan sistem saliran di Kg. Baru Seri Kembangan untuk tahun 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.