Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

267) SISTEM SYARIAH COMPLIANT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah tindakan kerajaan untuk mempastikan sistem kewangan yang digunakan adalah patuh syariah?

    Sistem kewangan Kerajaan Negeri adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

    Pada masa kini, kesemua pelaburan simpanan tetap Kerajaan Negeri telah dilaburkan ke dalam institusi kewangan Islam yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang patuh syariah.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.