Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

235) SISTEM TALIAN ADUAN RAKYAT SELANGOR (STARS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Huraikan tentang latar belakang dan sejarah STARS dan berikan statistik berkenan dengan bilangan dan jenis aduan yang diterima melalui STARS sejak tahun 2010 hingga sekarang.

    Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) telah dibangunkan oleh Syarikat Padimas Systems Sdn. Bhd. Ia telah mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan Negeri Selangor pada 05 Oktober 2006 dan mula beroperasi pada 2007.

     

    Sistem ini telah diselenggara oleh Syarikat Padimas Systems Sdn. Bhd. selama

    2 tahun bermula 1 Mei 2010 sehingga 30 April 2012 yang meliputi 11 buah server yang ditempatkan di Pusat Data BTM dan 6 PBT. Walau bagaimanapun, penyelenggaraan tidak disambung selepas tamat tempoh tersebut kerana tidak mendapat kelulusan Perbendaharaan Negeri Selangor dan telah diarahkan untuk diselenggara sendiri oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM).

     

    Pada Jun sehingga Ogos 2011, kajian audit mengenai pengurusan aduan melalui Portal STARS telah dilaksanakan oleh Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan hasil penemuan audit mendapati penambahbaikan perlu dibuat untuk memastikan sistem ini dapat menghasilkan maklumat yang tepat serta dapat membantu pihak pengadu dengan cekap dan berkesan. Sehubungan itu, BTM telah membuat langkah penambahbaikan dengan mengambil kira faktor kos penyelenggaraan bagi 11 buah server bagi permasalahan ini. Maka sistem STARS telah dipindahkan ke dua buah server cloud di Pusat Data BTM. Kesemua sistem telah dipindahkan ke server ini kecuali Majlis Perbandaran Selayang.

     

    STARS merupakan gerbang utama kepada pengadu yang ingin menyampaikan aduan atau cadangan kepada mana-mana organisasi dan agensi kerajaan di Negeri Selangor. Sistem ini membolehkan orang awam menyampaikan aduan atau cadangan dengan mudah melalui portal yang khusus kepada organisasi yang terlibat. Portal ini juga seterusnya memudahkan orang ramai kerana hanya perlu mengingati satu portal pengaduan sahaja selain mudah capai pada bila-bila masa dan dimana sahaja yang mempunyai capaian internet.

     

    Pemantauan terhadap aduan juga dapat dibuat dan aduan dapat disalurkan dengan pantas kepada jabatan/agensi terlibat. STARS juga membantu dalam pengurusan aduan dan maklumbalas orang awam di Selangor secara berpusat dan elektronik sepenuhnya.

     

     

    STATISTIK BILANGAN DAN JENIS ADUAN YANG DITERIMA MELALUI STARS SEJAK TAHUN 2010 HINGGA 31 OKTOBER 2014

     

     

    JENIS / KATEGORI ADUAN

    TAHUN
     

    2010

     

    2011

     

    2012

     

    2013

     

    2014

    Alam Sekitar 181 257 246 273 184
    Bangunan 85 111 102 76 59
    Insfrastruktur 162 203 277 277 250
    Kacauganggu 77 101 95 137 147
    Kepimpinan 9 13 26 17 8
    Pelbagai 189 420 459 990 627
    Perkhidmatan 143 177 278 1155 489
    Peniagaan Tanpa Lesen 16 16 11 39 23
    Rasuah / Penyelewengan 22 23 19 23 10
    Tanah 101 103 84 81 60
     

    JUMLAH

     

    985

     

    1424

     

    1597

     

    3068

     

    1857

     

    Nota: Sumber daripada Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.