Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

154) SISTEM TEBATAN BANJIR SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi dan senaraikan perancangan sistem tebatan banjir untuk Negeri Selangor bagi tahun 2013-2018 mengikut pecahan daerah memandangkan pembangunan yang pesat seta keadaan cuaca yang berubah memerlukan infrastruktur tebatan banjir yang terbaik bagi mengatasi kejadian banjir dan banjir kilat.

     

    Pada Tahun 2010 Jabatan Pengairan dan Saliran telah menyenaraikan projek-projek baru Rancangan Tebatan Banjir bagi Permohonan RMKe-10 yang bermula dari tahun 2011 hingga 2015. Perancangan yang dibuat adalah merangkumi kesemua daerah di Negeri Selangor yang mana kawasan yang sering berlaku banjir kilat adalah diberi keutamaan.

    Antara skop projek tebatan banjir yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Menaiktaraf Sungai
    2. Melebar dan Mendalamkan Sungai
    3. Membina Kolam Takungan Banjir (melibatkan pengambilan balik tanah)
    4. Membina Kunci Air dan Meninggikan Benteng Sungai
    5. Membina Ban dan lain-lain

    Kos RM Ke-10 yang dipohon (tahun 2013 -2015) adalah RM188,800,000.00.  Senarai Projek RMKe-10 ditunjukkan dalam jadual 1 seperti di lampirkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.