Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

64) SISTEM TENDER DI PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan sistem tender di setiap PBT

    1. Secara keseluruhannya sistem tender di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor mengguna pakai tatacara perolehan kerja dan pembekalan berdasarkan  kepada Seksyen III Arahan Perbendaharaan dan disokong Surat Pekeliling Perbendaharaan  yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor. Kaedah pelaksanaan perolehan secara tender seperti publisiti, spesifikasi, deposit, pelawaan, syarat-syarat tender, kaedah pembayaran dan jadual kadar telah ditetapkan dan diseragamkan dalam Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.