Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

175) SISTEM TENDER TERENDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kaji semula sistem tender 'Harga Terendah' di Pihak Berkuasa Tempatan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan, kerana ia tidak menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan baik

    Selaras dengan arahan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 14 Oktober 2014 iaitu semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Negeri Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor telah menyediakan kertas ringkasan bagi mengkaji semula dasar perolehan semasa tanpa mengetepikan aspek integriti dan Value for Money. Kertas ringkasan berkaitan akan di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk persetujuan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.