Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

245) SITUASI AIR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran kedudukan bekalan air yang terkini ?

    Sebanyak 9 buah kolam alternatif telah dikenalpasti di sepanjang Sg. Selangor yang terletak di hulu muka sauk. Pemantauan dan pensampelan kualiti air kolam juga dijalankan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.  Sejumlah 20 buah pam berkapasiti 48 Juta Liter Sehari (JLH) setiap satu sedang ditempatkan di semua kolam alternatif tersebut untuk membekalkan sebanyak 960 JLH. Buat masa ini, pengepaman air dari Sungai Selangor ke dalam kolam alternatif sedang dilaksanakan mengambil peluang dari paras air sungai yang tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.