Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

33) SJKC SG LONG DAN SJKC KAJANG 2

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berikutan pengumuman pihak Lembaga Pengarah SJKC Sg Long dan SJKC Kajang 2 bahawa kos pembinaannya yang disalurkan oleh kerajaan pusat mungkin tidak mencukupi, apakah rancangan kerajaan untuk membantu pembinaan kedua-dua sekolah tersebut agar pembinaannya tidak terbengkalai ?

    Jawatankuasa Tetap Pendidikan, menyediakan peruntukan bagi program bantuan sekolah yang bertujuan membaik pulih bangunan sekolah, membina bangunan tambahan, membeli alat kelengkapan sekolah dan penambahbaikan pengurusan sekolah.

    Pihak sekolah boleh memohon bantuan ini, dengan memenuhi syarat-syarat yang tertentu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.