Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

82) SJKC TCHE MIN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status proses pengambilan tanah untuk SJKC Tche Min?

    Proses pengambilan balik tanah untuk kegunaan SJKC Tche Min berlangsung agak lama disebabkan terdapat beberapa perbincangan yang berjalan dari semasa ke semasa.

    Permohonan cadangan pengambilan balik tanah untuk SJKC Tche Min sebelum ini adalah melibatkan dua (2) lot dan ia telah pun diluluskan oleh  MMKN. Namun kemudiannya, pihak Pentadbir Sekolah telah meminta supaya pengambilan balik ini diubah untuk mengambil hanya satu (1) lot sahaja pada masa ini. Susulan perubahan tersebut, kertas ringkasan telah pun dikemukakan untuk kelulusan MMKN melalui pihak PTGS pada 21 Mei 2015.

    Walau bagaimanapun, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bersama Jemaah Pengurusan Sekolah, UPEN dan PTGS pada 19 Ogos 2015. Hasil perbincangan tersebut, satu kertas ringkasan yang baru akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Pengambilan Tanah pada 5 November 2015 sebelum ia dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.