Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

115) SKANDAL PKFZ

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang dapat dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengambil tindakan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)?

    Kerajaan Negeri boleh menjadikan PKFZ pemangkin pembangunan industri di kawasan tersebut.  Kita boleh menggabungkan peranan pelabur tempatan dan luar bagi menyumbang terhadap peranan PKFZ.  Saya bersedia menyumbang pengalaman saya sebagai bekas Pengerusi Kontena Nasional yang mengambil alih penswastaan Pelabuhan Klang dan mentadbir Pelabuhan Utara selama beberapa tahun.

     

    Kerajaan Negeri bersedia berbincang dengan Kerajaan Persekutuan bagi memainkan peranan tersebut termasuk menerusi SSIC dan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.