Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

216) SKANDAL PORT KLANG FREE-ZONE (PKFZ)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pelabuhan Kelang?

    Peranan Wakil Kerajaan Negeri Sebagai Ahli Jemaah Lembaga Pelabuhan Kelang adalah berpandukan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 iaitu Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan. Peranan Ahli Jemaah Lembaga Pelabuhan Kelang antara lain adalah:-

    • Memastikan bahawa pelantikan dibuat dengan betul mengikut undang-undang
    • Memahami Dasar Kerajaan Berkaitan dengan Lembaga Pelabuhan Kelang
    • Memahami Hubungan Fidusiari dengan Lembaga Pelabuhan Kelang dengan bersikap jujur apabila membuat keputusan, menyokong atau menentang sesuatu perakuan.
    • Memahami dan memastikan bahawa dasar yang digubal dan diluluskan adalah selaras dengan penubuhan Lembaga Pelabuhan Kelang dan tidak bercanggah dengan undang-undang serta dasar dan arahan Kerajaan.
    • Sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi keputusan Jemaah Menteri yang berkaitan dengan Lembaga Pelabuhan Kelang. Memastikan pihak pengurusan tidak menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan keputusan Lembaga Pengarah, dasar serta arahan Kerajaan.
    • Menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua mesyuarat Lembaga .
    • Menentukan Lembaga Pelabuhan Kelang mempunyai sistem dan peraturan yang berkesan.
    • Memastikan Lembaga Pelabuhan Kelang mempunyai sistem perancangan dan peranan yang baik bagi melaksanakan program dan projek
    • Memastikan Lembaga Pelabuhan Kelang mempunyai dasar dan peraturan kewangan dan perakaunan yang sempurna.
    • Memastikan bahawa wang yang dipinjam untuk Lembaga Pelabuhan Kelang diuruskan dengan baik.
    • Bertindak dengan berhati-hati semasa mempertimbangkan   mana-mana pelaburan.
    • Memastikan sebarang keputusan yang dibuat oleh anak syarikat mendapat kelulusan Ahli Jemaah Lembaga.
    • Memastikan Lembaga Pelabuhan Kelang ditadbir dengan cara yang ekonomik, cekap dan berkesan.
    • Memastikan Lembaga Pelabuhan Kelang mempunyai sistem kawalan dalaman yang berkesan untuk penyelenggaraan rekod dan akaun.
    • Bertanggungjawab memastikan akaun Lembaga Pelabuhan Kelang di sedia dan di bentang untuk pertimbangan Ahli Jemaah Lembaga.
    • Bertanggungjawab meneliti laporan, teguran serta pemerhatian yang dibuat oleh Juruaudit Luar ke atas akaun Lembaga Pelabuhan Kelang.

     

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    Tugas Fidusiari seorang Jemaah Lembaga Pengarah adalah:

     

    1. Tidak menggunakan kedudukannya sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk memperoleh keuntungan bagi dirinya, khususnya menyalahgunakan sebarang wang, harta atau maklumat Badan Berkanun.
    2. Tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun.
    3. Tidak menyerahkan tugas fidusiarinya kepada pihak ketiga.
    4. Menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh serta dengan kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya dan jika perlu, mendapatkan nasihat ikhtisas mengenai perkara tertentu.
    5. Menghormati kepercayaan dan keyakinan yang telah diamanahkan oleh pihak yang melantik beliau sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah.

Lampiran

Tiada Lampiran.