Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

16) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka permohonan Skim Air Darul Ehsan sepanjang tahun?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri bersetuju selepas penguatkuasaan Skim Air Darul Ehsan pada 01 Mac 2020, data penerima akan disemak setiap dua (2) tahun sekali dan seterusnya secara tahunan (yearly basis). Justeru itu, pemohon perlu mendaftar semula selepas dua tahun sekiranya mahu terus menikmati Skim Air Darul Ehsan ini. Sekiranya pada ketika permohonan baru dikemukakan, Kerajaan Negeri mendapati terdapat peningkatan pendapatan pengguna yang mana melebihi RM4,000 sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam syarat permohonan, maka permohonan pengguna tersebut akan ditolak.

Lampiran

Tiada Lampiran.