Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

123) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan bahawa Skim Insentif Air Selangor betul-betul sampai ke golongan sasaran?

    Bermula pada 01 Mac 2020, pemberian air percuma 20 meter telah dijenamakan sebagai Skim Air Darul Ehsan. Matlamat utama dalam melaksanakan Skim Air Darul Ehsan adalah untuk memastikan penyaluran subsidi yang lebih fokus kepada golongan sasar khususnya kepada golongan berpendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000.00 di seluruh Selangor dalam usaha untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan ini.

     

    Dalam usaha untuk memastikan tiada golongan sasar yang tertinggal dalam menikmati Skim Air Darul Ehsan ini, Kerajaan Negeri menggesa supaya semua pemohon yang layak dan memenuhi syarat untuk membuat permohonan melalui pendaftaran sama ada secara atas talian melalui laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) www.ssipr.selangor.gov.my atau secara manual mengisi Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan. Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan ini bermula pada 30 September 2019 sehingga 31 Disember 2019. Borang permohonan untuk pendaftaran telah disediakan dalam Bahasa Melayu, English, Mandarin dan Tamil termasuk juga senarai soalan lazim (FAQ).

     

    Proses pendaftaran ini adalah untuk mengumpul dan mengemaskini semua data pemohon Skim Air Darul Ehsan dan bagi proses pengesahan pemohon yang layak melalui semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Proses semakan silang hanya akan bermula selepas tarikh tutup permohonan, dan pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka selewat-lewatnya pada penghujung bulan pertengahan bulan Februari 2020, iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 01 Mac 2020.

     

    Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju supaya penjelasan terperinci diberikan kepada rakyat Negeri Selangor melalui public engagement  yang diterajui oleh Kerajaan Negeri Selangor dan disokong oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) melibatkan semua Ahli Dewan Negeri Selangor, Penghulu dan Ketua Kampung menerusi Pejabat Tanah dan Daerah, Ahli-ahli Majlis dan JMB menerusi Pihak Berkuasa Negeri, selain daripada hebahan melalui edaran risalah, laman web, media massa dan media sosial.  Taklimat pertama telah diadakan pada 27 September 2019.

    Pada ketika ini, Air Selangor telah menyediakan cadangan jadual program dan aktiviti berhubung penerangan dan pendaftaran, dengan semua pihak berkepentingan, selain daripada hebahan melalui edaran risalah, laman web, media massa dan media sosial, menggunakan platform Kerajaan Negeri Selangor iaitu Selangor Kini, Selangor TV, dan sebagainya beserta platform Air Selangor sendiri.

    Justeru itu, kerjasama dari semua Ahli-ahli Yang Berhormat adalah juga dipohon supaya dapat menggalakkan semua pengguna yang layak untuk mendaftar melalui laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) www.ssipr.selangor.gov.my bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam menikmati Skim Air Darul Ehsan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.