Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

59) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan permohonan Skim Air Darul Ehsan mengikut DUN dan peratus pemohon yang berjaya diluluskan.

    Sehingga kini, jumlah permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang diterima melalui borang manual dan atas talian di SSIPR adalah sebanyak 236,595 dan jumlah penerima yang lulus adalah sebanyak 221,507 iaitu bersamaan dengan 94% daripada jumlah keseluruhan permohonan.

    Dengan mengambil kira penduduk rumah pangsa kos rendah dalam kategori meter pukal yang secara automatik layak mendapat air percuma di bawah SADE, jumlah keseluruhan pengguna Negeri Selangor yang menikmati SADE adalah sebanyak 270,000 akaun.

    Buat masa ini, pembahagian dibuat berdasarkan Wilayah Air Selangor yang mana takrifan Wilayah Air Selangor adalah berbeza dengan DUN.

    Pecahan permohonan SADE yang Berjaya/ Lulus bagi meter individu mengikut pecahan 10 Daerah/ Wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.