Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

248) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan pengguna Air Darul Ehsan yang berjaya mendaftar dan tidak berjaya mendaftar?

    Soalan Skim Air Darul Ehsan (SADE) dijawab bersekali dengan soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Sungai Burong (Soalan No.  51), Yang Berhormat Sijangkang (Soalan No. 82), Yang Berhormat Bandar Utama (Soalan No. 204), Yang Berhormat Pandamaran (Soalan No. 248), Yang Berhormat Sungai Panjang Soalan No. 275) dan Yang Berhormat Hulu Bernam (Soalan No. 284).

     

    Yang Berhormat semuanya berminat untuk mengetahui status bilangan pengguna yang telah mendaftar untuk SADE.  Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah keseluruhan rakyat Negeri Selangor yang mendapat air percuma di bawah SADE dianggarkan sejumlah 250,000 akaun (190,000 akaun pengguna meter individu dan kira-kira 60,000 akaun pengguna rumah pangsa kos rendah dalam kategori meter pukal). Terdapat sebanyak 25,795 permohonan gagal kerana pemohon tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan, iaitu terdiri dari mereka yang mempunyai pendapatan lebih dari RM4,000.00, premis di luar Selangor dan mempunyai akaun air bukan domestik.

     

    Semakan keputusan SADE boleh dibuat melalui Portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) dengan menggunakan login & password yang didaftarkan ketika membuat pendaftaran dahulu bermula pada 16 Mac 2020.  Pada masa yang sama, pemakluman kepada pengguna akan dibuat menerusi email dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

     

    Yang Berhormat Bandar Utama bertanyakan mengenai tarikh pendaftaran baru kepada pemohon yang layak untuk mendaftarkan diri di bawah Skim Air Darul Ehsan.  Kerajaan Negeri telah bersetuju pendaftaran baru dibuka semula bermula pada 01 April 2020 dan sekiranya pemohon ini memenuhi semua syarat, ia akan layak menikmati air percuma mulai pada 01 September 2020.

     

    Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Sungai Burong dan Yang Berhormat Hulu Bernam bertanyakan berapa anggaran perbelanjaan Kerajaan Negeri di dalam membiayai SADE.  Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1,812,421,674.67 bagi menampung pembiayaan Program Pemberian Air Percuma 20-meter padu semenjak Jun 2008 hingga Disember 2019.  Jumlah pembiayaan Kerajaan Negeri di bawah Skim Air Darul Ehsan ini dianggarkan akan berkurangan dari RM180 juta setahun kepada RM35 juta setahun berdasarkan kepada anggaran 250,000 jumlah permohon yang telah berjaya mendapat SADE.

Lampiran

Tiada Lampiran.